Wednesday, 2 January 2013



Selamat Datang ke laman blog Kolej Vokasional Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kluang Johor. Blog ini dibangunkan hasil kerjasama antara pensyarah pelatih UTHM dengan guru-guru dan pelajar Kolej Vokasional Kluang Johor bagi membantu para pelajar dari aliran vokasional mempelajari tentang topik-topik yang merangkumi asas KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK dengan lebih mudah. 

Diharapkan dengan adanya laman blog ini, ia sedikit sebanyak di harap dapat membantu seterusnya meningkatkan tahap pencapaian para pelajar kolej vokasional yang sedang mengikuti program Diploma di kolej-kolej vokasional di seluruh negara. 







KVKEE

   
(Sumber: Kajian Lapangan Pelajar)

     Sekilas Pandang Panorama 
Kolej Vokasional Kluang (KVKLUANG)


( Gambar dari Google)
                                                                                                               (Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)


(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)


(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)

Sekilas pandang tentang KVKEE Kluang



Pendawaian Satu Fasa

Definisi

1.    Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.

2.    Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar Kawalan adalah seperti berikut:-


i) Fius Perkhidmatan Dan Penghubung Neutral

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus penguna





Fius Perkhidmatan
(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)
















(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)















ii) Jangka Kilowattjam

Berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi menetapkan kadar bayaran tarif






Jangka Kilowattjam
(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)














iii) Suis Utama

Terdapat dua jenis iaitu:-
a)Suis- fius( rumah lama banyak  guna jenis ini)
b)Fius- suis( supply terus pada fius-sekarang banyak digunakan)
Suis utama berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar & perlindungan arus lebihan







Suis Utama
(Gambar dari Google)


















iv) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar.









Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)
(Gambar dari Google)















v) Papan Agihan (DB)

Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan







Papan Agihan (DB)
(Gambar dari Google)










Peralatan Pendawaian


Peralatan  Kerja Pendawaian

1) Alatan Tangan





(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar) 



Pena Ujian

  • Alat ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan arus elektrik dalam julat 50V-500V.
  • Pena ujian mempunyai lampu neon yang akan menyala apabila dikenakan kepada wayar hidup.
Kegunaan pena ujian

  • Mengesan kebocoran arus elektrik.
  • Memasang atau membuka skru kecil.






(Gambar dari Google)




Pemotong sisi

  • Digunakan untuk memotong wayar elektrik dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.




(Gambar dari Google)





Playar muncung tirus

  • Playar ini mempunyai muncung tirus yang sesuai untuk mencapai sesuatu di ruang yang sempit.
Kegunaan playar muncung tirus
  • Memotong
  • Memegang benda kecil
  • Membentuk








(Gambar dari Google)






Playar gabung

  • Digunakan untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok, dan membentuk.


(Gambar dari Google)


Penjalur wayar

  • Digunakan untuk menjalur dan memotong wayar.


2) Wayar


  • Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan keselamatan.
  • Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.


(Gambar dari Google)



I. Wayar kuprum berenamel
II. Wayar teras tunggal
III. Wayar teras kembar
IV. Wayar teras tiga

a) Wayar kuprum berenamel

i. untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.
ii. wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

b) Wayar lembar tunggal

i. digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan komponen elektronik.

c) wayar terus tunggal

i. terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:
  • Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar suara.
  • Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik domestik.
d) wayar teras kembar

i.  terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.
ii. digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket 

dan penyuai.

e) wayar tiga teras

i. terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar roti.

3) Jenis Plag

Plag dugunakan untuk menyambungkan peralatan elektrik dengan soket alir keluar. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk plag mengikut kegunaan dan kuasa alatan yang disambungkannya.




(Gambar dari Google)





a) Plag 2-pin 2 ampere

  • Wayar teras kembar digunakan pada plag ini.
  • Terdapat hanya dua tamatan, iaitu teras Hidup (L) dan teras Neutral (N).
  • Plag ini digunakan untuk alatan berkuasa kecil seperti radio, pencukur elektrik, dan jamelektrik.




(Gambar dari Google)






b) Plag 3-pin 13 ampere

  • Plag ini mempunyai tiga tamatan, iaitu Hidup (L), Neutral (N), dan Bumi (E).
  • Fius kartrij 13 ampere dipasnagkan di dalam plag untuk tujuan keselamatan.




(Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)






c) Plag 3-pin 15 ampere

  • Digunakan untuk kelengkapan yang berkuasa tinggi seperti seperti pendingin nudara dan pemanas air.
  • Mempunyai bentuk pin bulat dan tidak menggunakan fius.

Pendawaian plag 3-pin 13 ampere






(Gambar dari Google)









   i.        Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
   ii.        Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
  iii.        Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
  iv.        Buka penutup plag
    v.        Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
             o     Wayar coklat/hitam - tamatan hidup(L)
             o     Wayar biru/merah - tamatan neutral (N)
             o     Wayar hijau/hijau-kuning -tamatan bumi (E)
  vi.        Tutup semula plag dan pasangkan skru


4) Fius

  1. Fius disambungkan secara siri di dalam litar dan dipasangkan pada 

  2. wayar hidup (L).
    • Fius ditentukan mengikut kadaran seperti 2 A, 5 A, 10 A dan 13 A.
    • Terdapat dua jenis fius yang biasa digunakan, iaitu fius dawai dan fius kartij.
    Fius dawai

    • Fius dawai didapati dalam bentuk dawai yang kadarnya telah ditetapkan.
    • Fius dawai boleh digantikan apabila lebur dengan dawai fius yang betul kadarannya.
    • Pemengang fius diperbuat daripada bahan tahan haba seperti seramik dan bakelit.


    Fius kartij 

          Fius kartij yang terbakar harus diganti dengan fius yang baru 
          dengan kadaran yang betul.


    5) Lampu Pendarfluor







    (Sumber: Kerja Lapangan Pelajar)








    1. Tiub pendarfluor

    • Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.
    • Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.
    • Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.
    • Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.
    • Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
    2. Perumah

    • Perumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, 
    • dan suis penghidup.
    3. Cok

    • Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.
    4. Pemegang tiub

    • Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.
    • Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.
    5. Pemegang suis penghidup

    • Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.
    6. Suis penghidup

    • Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.
    • Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.

    Video


    Amali Pendawaian Di Bengkel


    Hasil Kerja Lapangan Pelajar Di Bengkel





    Keselamatan


    KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL 















    Tutorial 1