Sunday 2 December 2012

Sinopsis Kursus

Mata pelajaran Elektrik & Elektronik merupakan jalinan bidang Elektrik & Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik & Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik & Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.

Kursus ini dibahagikan kepada 2 mata pelajaran iaitu Prinsip Elektrik& Elektronik serta Aplikasi Elektrik & Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa, pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik.