Sunday 2 December 2012

Sinopsis Kursus

Mata pelajaran Elektrik & Elektronik merupakan jalinan bidang Elektrik & Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik & Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik & Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.

Kursus ini dibahagikan kepada 2 mata pelajaran iaitu Prinsip Elektrik& Elektronik serta Aplikasi Elektrik & Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa, pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik.

Tuesday 27 November 2012

Pendawaian Satu Fasa


Definisi:

1.    Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.

2.    Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar Kawalan adalah seperti berikut:-

i) Fius Perkhidmatan Dan Penghubung Neutral

Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus penguna

                                                                          





Fius Perkhidmatan

                                                                                                       





Perangkai Neutral









ii) Jangka Kilowattjam

Berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi menetapkan kadar bayaran tarif







Jangka Kilowattjam









iii) Suis Utama

Terdapat dua jenis iaitu:-
a)Suis- fius( rumah lama banyak  guna jenis ini)
b)Fius- suis( supply terus pada fius-sekarang banyak digunakan)
Suis utama berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar & perlindungan arus lebihan

                                                                                                                







Suis Utama











iv) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar.


                                                                                                                      







ELCB











v) Papan Agihan (DB)

Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan

                                                                                                              






Papan Agihan






Monday 22 October 2012

Pengenalan Kolej Vokasional Kluang



Selamat Datang ke laman blog Kolej Vokasional Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kluang Johor. Blog ini dibangunkan hasil kerjasama antara pensyarah pelatih UTHM dengan guru-guru dan pelajar Kolej Vokasional Kluang Johor bagi membantu para pelajar dari aliran vokasional mempelajari tentang topik-topik yang merangkumi asas KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK dengan lebih mudah. 

Diharapkan dengan adanya laman blog ini, ia sedikit sebanyak di harap dapat membantu seterusnya meningkatkan tahap pencapaian para pelajar kolej vokasional yang sedang mengikuti program Diploma di kolej-kolej vokasional di seluruh negara.