Definisi:
1. Litar kawalan ialah turutan
alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan
pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus
lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi.
2. Alat-alat kawalan dan perlindungan
dalam litar Kawalan adalah seperti berikut:-
i) Fius Perkhidmatan Dan Penghubung Neutral
Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan
arus penguna
Fius Perkhidmatan
Perangkai Neutral
ii) Jangka Kilowattjam
Berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh
pengguna bagi menetapkan kadar bayaran tarif
Jangka Kilowattjam
iii) Suis Utama
Terdapat dua jenis iaitu:-
a)Suis- fius( rumah lama banyak guna jenis ini)
b)Fius- suis( supply terus pada fius-sekarang banyak
digunakan)
Suis utama berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar
& perlindungan arus lebihan
Suis Utama
iv) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB)
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan
pengasing litar.
ELCB
v) Papan Agihan (DB)
Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus
lebihan
Papan Agihan
No comments:
Post a Comment